Dalam entry kali ni, kekqa nak cerita kepentingan masker.
Dalam penjagaan kulit wajah, jangan sesekali
lupa pemakainan masker.Walaupun masker ni hanya dipakai satu kali dalam
seminggu tapi ia amat penting. Tapi ade je yang pakai tiap-tiap hari atau dua
tiga kali seminggu. Macam kekqa sendiri kekqa pkai every week. Kadang bile
terlupa, terus pakai 2x seminggu..hehehehe
Sejujurnya, memang dulu kekqa pun jarang pakai
masker..baru-baru ni je macam frequently pakai setiap minggu since ada vitamin
c shaklee tu.kira 2 in 1 lah sambil makan,sambil buat masker
Lagi pun kekqa guna bahan yang memang
dah sedia ada.Rajin dengan tak jela.1 biji vitamin c shaklee tu boleh pakai 2-3
kali.Sekali bancuh guna separuh je pun kan.
Sesiapa nak elak muka
berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni?
Mencuci muka hanya menghilangkan
kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni
membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan
pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser,
cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan???
Berapa kerap nak pakai Masker?
Ok lepas cuci muka, boleh pakai
masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke.
Untuk
kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu
Untuk kulit kering, boleh pakai
1-2 kali seminggu
Untuk kulit berminyak, boleh
pakai 3-5 kali seminggu
Jenis-jenis Masker?
Macam-macam kat pasaran ada kan,
ada jenis peel off, clay dan macam-macam brand lah, tapi kekqa dah tak guna
lagi dah hat yang ada di pasaran nuh..hehehe sebab dah ada Masker terbaik abad
ini weeee.
Selain di masker yang terdapat
di pasaran,terdapat juga masker yang kita boleh buat sendiri di rumah.Biasa
yang suka baca-baca pasal petua confirm dah tahu cara lain untuk buat home made
masker kan..ke korang tak pernah cuba??...ngaku cepat…
Masker Tisu dan Telur Putih
Masker telur adalah yang biasa orang buat kan.Caranya mudah je.
Pisahkan putih telur dari kuning telur
Kacau/adun putih telur dengan menggunakan garpu sampai berbuih cam nak goreng telur tu pastikan buih dia padat tau.
Lepas tu sebelum pakai, bersihkan dulu muka dengan facial foam.
Guna foundation brush ataupun nak senang jari-jari jer, pakai masker putih telur kat muka kecuali area mata.
Biarkan beberapa minit sampai semua lapisan masker mengering, sign dia senang jer...Bila susah nak gerakkan muka...ekekekeke... ^_^
Bersihkan muka dengan air suam, pastu gunakan ais untuk tutup pori-pori pada muka.
Dengan buat macam ni, masker putih telur tu membantu untuk menyerap lebihan minyak pada muka, mengecilkan pori, mencerahkan dan mengencangkan kulit muka.
Masker Timun
Haha ini pon antara yang murah juga ni. Yang mudah dan senang sangat nak buat dekat rumah.
Timun tu blend je halus dan tepek la kat muka
Oh ya selalu nya pemakaian masker ni dalam 20min je gitu
atau pun sampai la dia kering.
Tapi untuk Masker timun ni, timun kan berair kan, jenuh la nak
tunggu kering hahaha, so 20 minit pun ok dah ye.
Masker terbaik abad
ini..ececeeeehhh..Masker vitamin C shaklee
Mula-mula patahkan vitamin C kepada 3 bahagian (patah 2 bahagian pun boleh)
Ambil 1 bahagian dan 2 bahagian lagi boleh disimpan untuk hari lain
Hancurkan dalam priring
Masukkan air dalam 1 sudu
Biarkan dahulu dalam 3 hingga 5 minit sampai kembang
Sapukan pada muka yang telah dicuci dan kering
Sapu pada seluruh muka
Tunggu sehingga kering dalam 30 minit atau lebih
Bilas dengan air bersih
Sini kekqa share video cara pakai masker vitamin c..so enjoy watching..
Apa kelebihan menggunakan masker vitamin C SR Shaklee?
Membantu meransang penghasilan kolagen dari dalam kulit
Menegangkan kulit muka
Mengecutkan jerawat
Mencerahkan kulit muka
Menyegarkan wajah
Melembapkan kulit muka
Menegangkan kulit muka
Mengecutkan jerawat
Mencerahkan kulit muka
Menyegarkan wajah
Melembapkan kulit muka
.
.
.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment