Thursday, 3 May 2018

Promosi Twin Pack Shaklee May 2018





Assalammualaikum wbt & salam jumaat semua.

Berapa hari lagi yaa kita nak menyambut bulan ramadan??Kurang dari 2 minggu je lagi kan
Bersempena dengan bulan ramadhan yang bakal tiba pada pertengahan bulan ni.


Shaklee dengan berbesar hati membuat promo twin pack bagi Mealshake,Performance Drink dan juga cinch shake perisa vanilla.Ketiga-tiga produk ini sangat bersesuaian di ambil sepanjang bulan puasa.
Bukan sahaja bagi membantu kita dalam kekal bertenaga tetapi juga mampu bantu kita dalam menurunkan berat badan.


Kelebihan promosi twin pack mealshake yang korang wajib tahu.Yang ni sesuai sangat di ambil bagi anak-anak yang bersekolah.

• Mealshakes berperisa vanilla yang pasti memikat rasa!
• Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
• Kaya dengan kalsium, dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit apabila berpuasa.
• Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.



Selain itu kita ada promo twin pack performance drink.


• Performance Drink adalah umusan ekslusif Opticarb memberikan kita karbohidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
• Performance Drink membantu mengelakkan dehidrasi dan memastikan keseimbangan elektrolit badan
• Performance Drink membantu mengelakkan dehidrasi dan memastikan keseimbangan elektrolit badan
• Rasa oren yang menyegarkan!
• Bantu mengelakkan dehidrasi
• Mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.


Jika diminum selepas berbuka Performance Drink membantu anda untuk menambah semula tenaga dan mudahlah untuk menunaikan terawih.



Terakhir sekali promosi twin pack bagi cinch perisa vanilla.


Kebanyakan program diet gagal sebab ia membakar lemak dan otot serentak. Bila anda hilang otot maka anda akan hilang keupayaan untuk membakar kalori.
Sekaligus akan menurunkan kadar metabolisma tubuh.

Kemudian, bila anda berhenti mengambil produk kurus tersebut, berat and akan naik secara mendadak. Kenapa ? Ini kerana anda hilang keupayaan untuk membakar kalori dengan banyak akibat dari kehilangan otot.

Jadi, istimewanya Cinch Shake ni ialah ia mengandungi Leucine yang membolehkan kita dapat 3  kesan iaitu mengekalkan otot yang ada, membakar lemak yang tak diperlukan dan mengurangkan saiz badan.
Inilah yang dipanggil Set Kurus Bukan Yoyo.

Menurut nutritionist Shaklee, Cinch Shake diambil sebagai pengganti makanan, contohnya nasi atau hidangan berat yang lain. Jadi jangan la pula makan nasi lepas ambil Cinch Shake ni. Tu bukan diet namanya.

Cinch Shake ni protein, daripada non-gmo soya. Sebab tu ia mengenyangkan.
Lepas ambil Cinch Shake, elakkan ambil protein seperti ayam dan daging. Sebaliknya, ambil bijirin, sayur-sayuran atau buah-buahan. 


Cara betul ambil set promosi ni ialah ambil Cinch Shake semasa puasa waktu sahur. Dan beberapa biji kurma. Last sekali ambil Performance Drinks.

Nak dapatkan promosi istimewa ini?Hubungi saya.


0167830064
Atiqah zaaba


Tuesday, 13 March 2018

Ilmu kesuburan untuk wanita




Umur 20-an adalah masa yang dikira waktu terbaik untuk mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata.

Namun tidak semua wanita yang berusia 20-an mudah untuk terus hamil selepas berkahwin.

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada masalah ketidaksuburan ini antaranya faktor pemakanan dan gaya hidup masa kini.

Pada umur 20-an, berikut kekqa senaraikan perkara yang perlu anda tahu tentang peluang kehamilan






Bagaimana anda boleh hamil?





Kira-kira 14 hari sebelum tibanya kitaran haid anda yang akan datang, ovari di sebelah kanan dan kiri akan mengeluarkan telur, dalam proses yang dipanggil OVULASI.

Telur anda akan menuju ke tiub falopio dan menunggu untuk bersatu dengan sperma.

Semasa penetrasi yang melibatkan ejakulasi, berjuta-juta sperma akan berenang memasuki rahim dan hanya satu sahaja yang akan menembusi telur.

Telur yang telah disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan membentuk embrio.






Bila waktu yang sesuai?





Ambillah peluang untuk melakukan hubungan intim semasa 'jendela kesuburan' atau fertile window kerana akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Jendela kesuburan adalah 3 hari sebelum tempoh ovulasi, semasa ovulasi dan sehari selepas ovulasi.

Kehamilan boleh berlaku apabila hubungan intim berlaku dalam tempoh tersebut.





Pantang-larang bagi anda yang ingin hamil





Jangan minum terlalu banyak kopi atau alkohol kerana ia boleh mempengaruhi kesuburan wanita.

Menurut pakar seseorang yang mengambil lebih daripada 5 cawan kopi sehari boleh menyebabkan kesuburan menurun.

Bagi pencinta kopi anda masih boleh menikmatinya cuma perlu di kurangkan sahaja pengambilannya.

Secara amnya orang dewasa boleh mengambil kafien 200 hingga 250 miligram sehari.

Kajian juga menunjukkan wanita yang mengambil 2 hidangan minuman beralkohol sehari akan mengurangkan kadar kesuburan sehingga 60%.



Bukan sahaja alkohol, merokok juga boleh merosakkan kadar kesuburan suami dan isteri.

Bagi wanita, merokok boleh menjejaskan telur anda sementara bagi lelaki boleh mengurangkan pengeluaran sperma dan merosakkan DNA.

Biasanya pakar akan menyarankan para ibu untuk berhenti merokok sebelum hamil kerana merokok semasa hamil boleh meningkatkan risiko keguguran.





Jaga Sperma





Ada pendapat mengatakan lelaki tidak digalakkan memakai seluar dalam ketat kerana boleh mengurangkan kesuburan.

Selain itu, ada juga mengatakan lelaki tidak boleh terdedah kepada suhu panas yang berlanjutan seperti berendam terlalu lama di dalam tub mandian panas kerana boleh memberi kesan kepada sperma.

Jadi para isteri, pesan kepada pasangan anda untuk turut menjaga kesuburan mereka.





Persiapkan tubuh





Siapa kata hanya wanita hamil sahaja perlu makan vitamin pranatal?

Jika anda sedang merancang untuk hamil, anda juga perlu mula mengambil vitamin pranatal bagi memastikan rahim dan tubuh anda bersedia menerima tetamu sepanjang tempoh 9 bulan nanti.

Vitamin pranatal perlu mengandungi asid folik, iaitu suplemen yang wajib anda ambil semasa merancang untuk hamil.

Malahan pengambilan asid folik perlu diteruskan sehingga usia kehamilan 12 minggu.
Anda digalakkan mengambil 400mcg asid folik sehari akan tetapi bagi anda yang menghidap diabetes atau mempunyai sejarah anak mengalami spina bifida maka anda perlu mengambil dos yang lebih tinggi.

Pengambilan asid folik sebelum hamil dapat membantu pembentukan sistem saraf dan otak janin yang sihat semasa minggu-minggu terawal kehamilan.

Ingintlah vitamin pranatal adalah berbeza dengan multivitamin biasa kerana multivitamin biasa mengandungi vitamin A yang berlebihan, yang mungkin akan merosakkan janin anda.





Sihatkah anda?





Sebelum untuk cuba hamil, lebih baik jika anda mengetahui tahap kesihatan anda dahulu. Terutama jika terdapat sejarah keluarga anda yang mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes atau asma.

Tidak dilupakan semaklah tentang vaksinasi terkini anda.

Sesetengah jangkitan seperti demam campak, rubella dan hepatitis B boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan kelahiran.

Jadi amat, penting bagi anda memastikan bahawa anda telah menerima segala vaksin yang diperlukan.

Jika anda perlu mendapatkan vaksin yang diperlukan,doktor akan menasihatkan anda untuk mula merancang kehamilan sebulan selepas suntikan vaksin diberikan.






Masa untuk berubah



Pilihan gaya hidup yang sihat adalah penting semasa tempoh anda mencuba untuk hamil dan juga semasa kehamilan.

Selain amalan pemakanan yang sihat, anda juga boleh melakukan aktiviti fizikal dan bijak menangani tekanan.

Jika anda kurang atau lebih berat badan,doktor akan menyarankan anda untuk mendapatkan berat badan yang sesuai sebelum anda mencuba untuk hamil.

Bukan itu sahaja,amat penting untuk mengelakkan pengambilan rokok,alkohol,dadah atau pendedahan kepada bahan toksik yang akan menyebabkan kesukaran untuk hamil.





Set Ikhtiar Hamil






Di sini kekqa nak share dengan anda semua MANFAAT dan KELEBIHAN setiap supplement untuk IKHTIAR HAMIL: 

• GLA untuk stabilkan kitar haid & hormon, juga untuk hasilkan ovum yang sihat. .


• ALFALFA untuk atasi masalah keputihan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Juga untuk stamina & bertindak sebagai KACIP FATIMAH semasa bersama. .


• VITALEA ni multivitamin lengkap untuk memastikan badan cukup keperluan nutrisi & bersedia untuk hamil. 


• B COMPLEX mengandungi Folic Acid untuk perkembangan awal baby, memang disarankan oleh Doktor untuk consume semasa sedang ikhtiar hamil lagi. Juga sebagai anti stress. .


• ESP untuk menguatkan otot rahim. Sometimes ada yang lekat tapi tak kuat and gugur semula sebagai haid. InshaaAllah ESP bantu untuk perlekatan lebih kuat. .


• VITAMIN E untuk kekerapan penghasilan air mani bagi suami. .


• VITA LEA juga penting untuk suami. VITA LEA mengandungi Zinc untuk banyakkan sperm count and also hasilkan sperm yang lebih sihat & active. Yang ni boleh share consume suami dan isteri.


Pengambilan Supplement boleh dijadikan sebagai salah satu ikhtiar bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil selain kita juga tidak lupa untuk ikhtiar dengan doa dan tawakal. Mana tahu rezeki Allah nak bagi selepas kita ikhtiar kan 😊


Untuk info lanjut dan buat pesanan boleh terus whatsapp kekqa ya 💗

www.wasap.my/6017830064

Monday, 12 March 2018

7 MAKANAN INI BAGUS UNTUK TELUR ANDA (TTC)

You are what you eat.

Maksudnya untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu makanan yang berkhasiat.

Dari segi kesuburan kebanyakan pakar memberitahu faktor penting yang mempengaruhi kesuburan ialah umur.

Namun faktor pemakanan juga menyumbang kepada tahap kesuburan seseorang.

Makanan yang kita makan akan memberi kesan kepada kesihatan telur sama ada kesan positif atau negatif.

Pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi boleh menambah kualiti telur sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.

Berikut kekqa kongsikan antara makanan yang baik dan membantu meningkatkan kualiti telur.

IKAN SALMON




Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan salmon adalah sumber asid lemak Omega - 3 dan Omega-6 yang terbaik
Ia memainkan peranan penting dalam melancarkan sistem pembiakan pada badan wanita dan meningkatkan pengaliran darah

Baik juga diambil oleh lelaki bagi meningkatkan kualiti sperma.

BERI



Buah yang kaya dengan anti-oksidan dapat membantu untuk melindungi telur daripada radikal bebas, sekaligus menjadikan telur lebih sihat.

Juga dikenali makanan super untuk golongan TTCian(golongan yang sedang cuba untuk hamil)


Pakar juga menyarankan supaya mereka mengambil sekurang-kurangnya tiga bahagian beri setiap minggu.

SAYURAN HIJAU




Bayam, brokoli, salad dan sayuran hijau lain kaya dengan folat, zat besi, kalsium dan vitamin A.

Sayuran hijau mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik.

AVOKADO




Merupakan superfood untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil.

Kandungan lemak yang tinggi dalam buah ini dapat meningkatkan kesihatan telur.

Lemak yang terdapat di dalam buah avokado adalah lemak yang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi lemak mono tak tepu.

Kajian ada menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang tinggi lemak mono tak tepu seperti avokado boleh menghasilkan telur yang sihat.

Ia juga berfungsi membekalkan sumber vitamin E terbaik kepada badan selain daripada kaya dengan anti-oksidan.

HALIA




Bersifat anti radang boleh membantu dalam meningkatkan peredaran darah, merangsang penghadaman yang sihat.

Ia juga mampu mengurangkan keradangan sekaligus memberikan telur yang sihat dengan cara mencegah penyakit daripada mendekati sistem pembiakan.

Halia juga membantu meringankan ketidakselesaan reproduktif, merangsang kitaran yang sihat dan mengurangkan inflamasi pada organ pembiakan yang boleh menjejaskan kualiti telur.

MADU




Khasiat madu bagi masalah kesuburan sudah diyakini sejak beratus tahun dahulu.

Madu kaya dengan sumber mineral dan asid amino yang dapat membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem pembiakan.

Berfungsi meningkatkan fungsi ovari untuk wanita.

PISANG




Mengandungi vitamin B6, salah satu vitamin penting dalam membantu konsepsi dan juga mengatur hormon agar stabil.

Kekurangan vitamin B boleh membawa kepada kitaran haid yang tidak teratur dan menghasilkan telur dan sperma yang lemah.

3 suplemen yang ‘WAJIB’ untuk kesuburan.


Terdapat beberapa suplemen yang perlu di ambil bagi mereka yang TTC untuk memastikan rahim dan tubuh bersedia untuk hamil.

Berikut adalah 3 suplemen penting yang perlu diambil.

ASID FOLIK


Wajib diambil jika sedang merancang untuk hamil.

Perlu diambil bermula seawal 3 minggu hingga 6 bulan sebelum hamil.

Digalakkan untuk mengambil 400mcg asid folik sehari.

Pengambilan makanan asid folik sebelum hamil dapat membantu pembentukan sistem saraf dan otak janin yang sihat semasa minggu - minggu terawal kehamilan.

MULTIVITAMIN


Pengambilan multivitamin adalah perlu bagi mengelakkan badan dari kekurangan nutrisi dan zat penting yang diperlukan oleh tubuh.

Kualiti telur dan sperma juga akan berkurangan jika tidak mengambil sebiji multivitamin setiap hari.
 

MINYAK IKAN



Pengambilan fish oil atau minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega - 3 adalah perlu kerana badan tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega, hanya boleh didapati melalui makanan.

Orang dewasa normal memerlukan minyak ikan sekurang-kurangnya 1000-2000mg setiap hari.

Jika tidak boleh mendapatkan makanan yang mengandungi asid lemak setiap hari, maka pengambilan vitamin ini adalah amat di sarankan

Asi lemak Omega - 3 mengandungi DHA(asid dokosaheksaenoat) dan EPA (asid eikosapentaenoat) yang penting untuk menstabilkan hormon dalam badan, membaiki kitaran haid, memberikan lendiran servik yang baik semasa ovulasi dan meningkatkan kualiti sperma bagi suami.


Hubungi kekqa, untuk daparkan suplemen anda sekarang..

0167830064 

Sunday, 11 March 2018

Detox Set

Untuk permulaan baharu yang sihat.


Mulakan langkah baharu dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik.

Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semula jadi harian.

Mengapa Perlu Detox?

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup.

Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin.

Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit.
Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox:

Menurunkan Berat Badan
Kolon Lebih Sihat
Meningkatkan Tenaga
Mengawal Nafsu Makan
Kulit Lebih Cantik
Menguatkan Sistem Imun
Tidur Lebih Lena

Hubungi kekqa
0167830064

#tsunami2018
#tsunamishaklee
#sirius15
#shakleebykekqa

Friday, 9 March 2018

YOUTH skincare promosi

Announcing..



APA DIA PROMO MAC ????  

Youth pada harga promosi !!!!
.
Beli 1 set YOUTH anda dapat :
.
✅ FREE Radiance Vitamin C + E (yang kapsul emas tu) bernilai RM400 !!! Uiii dapat free tu.Kali ni je shaklee bagi free tau
.
✅ FREE Youth Beg.Senang kita nak usung Youth sana sini.
.
✅ FREE jadi member shaklee bernilai RM69.Tak yah bayo.Dapat free je.
.
✅ FREE jadi ahli dibawah SUPERMOM iaitu team naungan kekqa. Of kos saya akan ajar cara  pakai Youth yang sangat berkesan.Dalam tempoh 7 hari dah nampak kesan tau!
.
✅ DAPAT TUNAI RM40!!!!!
.
Wahhhh best kan promo Mac ni?
.
Rugila kalau tak grab.Testimoni dah berlambak-lambak dah.Tak sampai sebulan konfem dah dapat efek.
.
Jaminan dari Shaklee :
.
NATURAL
 SELAMAT
 TIADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA
 WANITA YANG MEMAKAI YOUTH MENDAPAT KULIT YANG LEBIH MUDA DARI USIA!
.
*Saya dah buka order sekarang.Nak cepat dapat harga promosi,pm slkekaa cepat ya.Takut stok habis sebab ramai dah beli.
*Pssst...YOUTH pun ada starter pack tau.Nak cuba? 
Untuk order dan free konsultasi :
 http://www.wasap.my/60167830064
#promoMAC
#YOUTHnowpromo
#looksyoungerlonger

Thursday, 8 March 2018

TANDA RAHIM ANDA BERMASALAH


Antara tanda RAHIM tidak sihat:


1. Sakit Tumit

Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.

2. Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki... Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

3. Sakit Pinggang

Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.

4. Sakit Ari-ari 

Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.

5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas

Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6. Sakit Ketika Bersetubuh

Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7. Kentut Vagina

Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.

8. Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

9. Sentiasa Basah, 

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.


Thursday, 22 February 2018

PENJAGAAN KULIT YOUTH


Rangkaian penjagaan kulit YOUTH ini direka untuk bekerjasama bagi menghasilkan keputusan yang menakjubkan. 

Diformulasi dengan bahan-bahan aktif anti penuaan dalam setiap produk rangkaian ini, YOUTH memberikan manfaat bersifat rawatan di dalam regimen ini.Mulakannya hari ini.


LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya.

Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan.



PERFECTING SKIN TONER

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. 
Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.



YOUTH ACTIVATING SERUM

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. 
Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan Utama
YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.




AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50 (SIANG)

Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari.
Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. 
Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan Utama
SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract




ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT (MALAM)
Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. 
Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus



RADIANCE C + E


Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.
Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama
20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi
Untuk penggunaan selama 60 hari.



YOUTH ACTIVATING SERUM


Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat.

Kulit yang muda melakukannya dengan mudah.

Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang.

Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih kami bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsibpenting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.



Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH.

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal.

Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan Utama

YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.

Tuesday, 20 February 2018

6 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE



Penyulingan molekul tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan.

Proses proprietari ini memekatkan omega-3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa,plumbum,arsenik,kadmium,dioxins dan lain-lain bahan cemar.

Kualiti terjamin minyak ikan bergred farmaseutikal


Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi.Dalam satu kajian memberikan 990mg asid lemak omega-3
(546mg EPA & 360mg DHA)

Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen yang terhasil secaea semulajadi sperti EPA,DHA dan banyak lagi

Bau dan rasa kesan hanyir yang sangat minimum

Diiktiraf  oleh friend of the sea.Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

Asid lemak omega-3 adalah lemak sihat dan baik untuk badan kita.

Asid lemak omega-3 adalah lemak yang sihat atau baik diperlukan oleh badan  untuk menyokong fungsi normal tubuh.

Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan mandaatnya terhadap tubuh badan:-

Kesihatan Jantung

  • omega-3 dapat mengurangkan keradangan 
  • keradangan yang berlaku boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung.
  • EPA dan DHA telah terbukti melalui peyelidikan dapat memberi manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
              - membantu mengekalkan paras trigliserida (kolestrol) dan tekanan darah
              - meningkatkan pengaliran darah dalam jantung
              - mengekalkan degupan jantung yang sihat.

Fungsi otak



Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakkan sistem saraf terdiri daripada lemak.Korteks serebum(yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) di anggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:-

  • penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
  • kesan positif kepada perasaan kognitif,daya ingatan,pembelajaran dan perhatian.
  • memberikan kesan penuaan yang sihat,di mana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia atau nyanyuk.
Kesihatan Sendi



EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menhgakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:-

  • mengekalkan ketumpatan mineral tulang
  • menggalakkan pergerakan sendi,fleksibiliti,mengurangkan kekejangan,bengkak dan kesakitan.
  • mengurangkan keradanagan-menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis.
  • bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.
Kehamilan

Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.

Selepas bayi dilahirkan Omega-3 menyokong.

  • perkembangna otak dan fungsi imun
  • kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
  • perkembangan otak,mata dan sistem saraf janin.
  • DHA adalah kompenan utama retina-penitng untuk perkembangan penglihatan  yang sihat bagi bayi.
  • DHA adalah penting untuk perkembagan optimum otak sebelum kelahiran dan peringkat awal pembesaran kanak-kanak.
  • boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.
Omega-3 juga didapati dapat menyokong kesihatan kulit,membantu penurunan berat badan,menigkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada aksihatan,ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi.

Oleh itu,pengambilan supplemen omega-3 adalah penting.Bagi orang yang sihat kita memerlukan kira-kira 1000-2000 mg minyak ikan sehari.