Monday, 12 March 2018

7 MAKANAN INI BAGUS UNTUK TELUR ANDA (TTC)

You are what you eat.

Maksudnya untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu makanan yang berkhasiat.

Dari segi kesuburan kebanyakan pakar memberitahu faktor penting yang mempengaruhi kesuburan ialah umur.

Namun faktor pemakanan juga menyumbang kepada tahap kesuburan seseorang.

Makanan yang kita makan akan memberi kesan kepada kesihatan telur sama ada kesan positif atau negatif.

Pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi boleh menambah kualiti telur sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.

Berikut kekqa kongsikan antara makanan yang baik dan membantu meningkatkan kualiti telur.

IKAN SALMON




Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan salmon adalah sumber asid lemak Omega - 3 dan Omega-6 yang terbaik
Ia memainkan peranan penting dalam melancarkan sistem pembiakan pada badan wanita dan meningkatkan pengaliran darah

Baik juga diambil oleh lelaki bagi meningkatkan kualiti sperma.

BERI



Buah yang kaya dengan anti-oksidan dapat membantu untuk melindungi telur daripada radikal bebas, sekaligus menjadikan telur lebih sihat.

Juga dikenali makanan super untuk golongan TTCian(golongan yang sedang cuba untuk hamil)


Pakar juga menyarankan supaya mereka mengambil sekurang-kurangnya tiga bahagian beri setiap minggu.

SAYURAN HIJAU




Bayam, brokoli, salad dan sayuran hijau lain kaya dengan folat, zat besi, kalsium dan vitamin A.

Sayuran hijau mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik.

AVOKADO




Merupakan superfood untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil.

Kandungan lemak yang tinggi dalam buah ini dapat meningkatkan kesihatan telur.

Lemak yang terdapat di dalam buah avokado adalah lemak yang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi lemak mono tak tepu.

Kajian ada menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang tinggi lemak mono tak tepu seperti avokado boleh menghasilkan telur yang sihat.

Ia juga berfungsi membekalkan sumber vitamin E terbaik kepada badan selain daripada kaya dengan anti-oksidan.

HALIA




Bersifat anti radang boleh membantu dalam meningkatkan peredaran darah, merangsang penghadaman yang sihat.

Ia juga mampu mengurangkan keradangan sekaligus memberikan telur yang sihat dengan cara mencegah penyakit daripada mendekati sistem pembiakan.

Halia juga membantu meringankan ketidakselesaan reproduktif, merangsang kitaran yang sihat dan mengurangkan inflamasi pada organ pembiakan yang boleh menjejaskan kualiti telur.

MADU




Khasiat madu bagi masalah kesuburan sudah diyakini sejak beratus tahun dahulu.

Madu kaya dengan sumber mineral dan asid amino yang dapat membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem pembiakan.

Berfungsi meningkatkan fungsi ovari untuk wanita.

PISANG




Mengandungi vitamin B6, salah satu vitamin penting dalam membantu konsepsi dan juga mengatur hormon agar stabil.

Kekurangan vitamin B boleh membawa kepada kitaran haid yang tidak teratur dan menghasilkan telur dan sperma yang lemah.

3 suplemen yang ‘WAJIB’ untuk kesuburan.


Terdapat beberapa suplemen yang perlu di ambil bagi mereka yang TTC untuk memastikan rahim dan tubuh bersedia untuk hamil.

Berikut adalah 3 suplemen penting yang perlu diambil.

ASID FOLIK


Wajib diambil jika sedang merancang untuk hamil.

Perlu diambil bermula seawal 3 minggu hingga 6 bulan sebelum hamil.

Digalakkan untuk mengambil 400mcg asid folik sehari.

Pengambilan makanan asid folik sebelum hamil dapat membantu pembentukan sistem saraf dan otak janin yang sihat semasa minggu - minggu terawal kehamilan.

MULTIVITAMIN


Pengambilan multivitamin adalah perlu bagi mengelakkan badan dari kekurangan nutrisi dan zat penting yang diperlukan oleh tubuh.

Kualiti telur dan sperma juga akan berkurangan jika tidak mengambil sebiji multivitamin setiap hari.
 

MINYAK IKAN



Pengambilan fish oil atau minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega - 3 adalah perlu kerana badan tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega, hanya boleh didapati melalui makanan.

Orang dewasa normal memerlukan minyak ikan sekurang-kurangnya 1000-2000mg setiap hari.

Jika tidak boleh mendapatkan makanan yang mengandungi asid lemak setiap hari, maka pengambilan vitamin ini adalah amat di sarankan

Asi lemak Omega - 3 mengandungi DHA(asid dokosaheksaenoat) dan EPA (asid eikosapentaenoat) yang penting untuk menstabilkan hormon dalam badan, membaiki kitaran haid, memberikan lendiran servik yang baik semasa ovulasi dan meningkatkan kualiti sperma bagi suami.


Hubungi kekqa, untuk daparkan suplemen anda sekarang..

0167830064 

No comments:

Post a Comment